Rabu, 12 September 2012

Jika hatimu sebuah system,
Akan aku scan dirimu untuk mengetahui port mana yang terbuka.
Sehingga tiada lagi keraguan apabila c:\> nc -l -o -v -e ke hatimu,
Tapi aku hanya berani ping di belakang anonymouse proxy,
Inikah cinta sehingga membuatku tewas?

Jika hatimu sebuah system,
Ingin rasanya aku manfaatkan vulnerabilities mu,
Menggunakan PHP injection, terus aku ls -la; find / -perm 777 -type d,
Sehingga aku tahu jika di hatimu ada folder yang boleh diisi atau adakah free space untuk aku?
Adakah aku harus memasang backdoor “Remote Connect-Back Shell”? 
Akan aku menuggu sambungan dari kamu supaya aku tidak lagi merana.

Jika hatimu sebuah system,
Apabila semua request ku diterima akan aku mengenalpasti bug terbarumu dan akan aku patch dan patch.
Akan aku menjaga service mu bagi mengelakkan crash dan akan aku menjadi firewallmu,
Dan membaiki error page mu  "The page cannot be found Because Has Been Owned by Someone!”
Aku janji tidak akan ada macelinious program atau hidden service,
Karana aku terlalu sayang akan dirimu.

Jika hatimu sebuah system,
Janganlah kau berkata “You dont have permission to access it” untuk aku,
Jikalau tidak mahu di Ping Flood atau di Dos Attack!
Kamu harus menjadi bidadari penyelamatku.

Jika hatimu sebuah system...?
Tapi sayang hatimu bukanlah sebuah system,
Kamu adalah bidadari impianku yang telah mengacau systemku!
Di hatiku sudah berjangkit virus yang menghanyutkan,
Tidak ada anti virus yang dapat mengubatinya melainkan…kamu....